Saturday, December 29, 2012

Jalan-jalan ke Lumut dan Pangkor

Pada 22.12.12, kami sekeluarga bertolak dari putrajaya dalam pukul 10.30 ke hotel Lead View di Manjung, Perak. Aku ingatkan perjalanan ok je, rupa-rupanya jem kat highway.. Apa la highway ke utara ni selalu jer jem. Pukul 3.30 baru sampai ke hotel tu. Perjalanan makan masa lebih kurang 5 jam.. Macam nak balik kelantan jer..tambah 3 jam lagi sampai ke Kelantan. Petang tu gi survey tiket utk ke pangkor. Tiket dewasa rm10 dan budak rm5. Esok pagi pagi-pagi lagi kami bertolak utk ke pangkor. Nasib baik ada parking yang dekat..tak payah la nak menapak jauh. Panjang juga beratur tapi boleh la naik masa Feri tu sampai. Bila sampai kat Pangkor, hampeh..aku tak suka lansung, dah la jalan nya mcm ular kena palu..kecik lak tu. pantai pun tak berapa cantik.. Untuk org yang nak memancing atau snookling ok la gi pangkor tu. Rasa nya ni first n last la aku ke sana. Ikan bilis pula ingatkan murah dah dari pangkor..mahal macam pasar malam kat Putrajaya je.

Ulang Tahun ke 6

Pada 23 November lepas, ulang tahun ke 6 Nur Dini Syauqina. Kali ni kami bawa kek ke taska sahaja. BOleh la budak-budak taska makan beramai-ramai, Lagi pun tahun ni merupakan tahun terakhir Dini kat taska Neesa(dulu taska Impian Ceria). 4 tahun Dini kat Taska tu. Tak tahu la berapa belas org cikgu dah keluar masuk. Gambar-gambar semasa birhday dini yang diambil oleh cikgu taska tu.

Saturday, November 24, 2012

Hari sukan Tadika Islam Presint 11, Putrajaya

Walaupun dah lama berlalu hari sukan sekolah Dini, terasa nak abadikan kenangan dihari sukan tu. Hari sukan semua tadika bawah zon Bandar Tun Razak pada 21.4.2012. Kesian kat budak-budak menunggu giliran. Patutnya kena buat acara serentak, ni tidak satu_satu acara walaupun padang besar. gambar gambar yg sempat di snap

Ulang tahun ke 5 Dini

Dah lama tak update blog, biar pun setahun dah berlalu, aku masukkan juga gambar kek ulangtahun dini buat kenangan. Layan gambar-gambar kek ulangtahun ke 5 Nur Dini Syauqina