Monday, November 23, 2009
Happy Birthday Nurdini
"SELAMAT HARIJADI NURDINI SYAUQINA, SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI"
Semalam 23 Nov , harijadi Nurdini... Tak ada majlis cuma bagi jajan untuk budak-budak taska dan beli kek sebiji..kami raikan bertiga jer..tahun lepas dah buat makan makan kat rumah..tahun ni rasa malas pulak..
Jangan suka merajuk tau..penat ibu melayan peel Dini ni !! Harpnya dah masuk 3 tahun ni, tak perlu la pakai pampers lagi ya.. cikgu kat Taska pun nak ajar tak payah pakai pampers lagi dah.. dan dah boleh belajar dengan kawan2 yang umur 4 tahun ke atas..
Tuesday, October 20, 2009
Hari yg malang
Semalam 20 okt 2009, aku ambil cuti untuk pergi service kereta kat bangi. Turun dr rumah macam nak pergi kerja, tapi bila sampai kat pusat servis dah ada 2 buah kereta, keta aku turn yg kedua sebab 2 buah keta pada satu masa untuk diservis. al maklum ler pusat servis ni kecik jer. Tapi bukan pasal service keta yang nak aku cerita kan, tapi ........
Selesai service keta singgah kat kedai depan komplek PKNS tu, pas tu nak shopping kat billion nak beli barang.. parking kat depan tu ler..masa nak punggah barang yang dibeli masuk kereta, brg terakhir yg nak ku bawa masuk dlm boot keta, 2 belah tangan ku jinjing barang..handbag sangkut kat bahu sebelah kanan. Tetiba jer ada sebuah motor tu datang ke arahku dan berhenti..ingat kan budak ni nak tanya apa2 ker..tapi tetiba dia rentap beg dari bahu aku sehinggakan aku terpelanting jatuh. nasib baik la beg tak dapat diragut..tapi macam mana ya rantai leher ku boleh putus dan tergengam di tangan..mujur jgk la masa jatuh tu tidak dilanggarnya aku dengan motor..kalau tidak tak tahu la apa yga akan jadi..Syukur pada Tuhan beg pun tak sempat diambil dan aku pun tidak mendapat kecederaan masa jatuh tu..tapi Tuhan jer yang tahu macam mana paniknya aku time tu, sorang jer yang nampak kejadian ni, budak kerja kat billion, masa tu dia duk tepi tangga nak naik kompleks PNS tu. Dia kata selalu kejadian ragut tu berlaku kat parking depan kompleks PKNS tu.
Kejadian semalam akan membuatkanku lebih berhati hati bila berjalan sorang-sorang keluar atau masuk kereta. Kepada sesiapa di luar sana kalau berjalan2 tu..nak punggah brg masuk keta dr troli ker, tengok kiri kanan dan keadaan sekeliling.. ada tak mat mat motor berkeliaran.. dia tu dari jauh duk perhati kat kita.
Lain kali bila berjalan-jalan aku tidak akan bawa handbag lagi..sebab handbag ni ler yg org nampak dari jauh lagi..
Moral of the story .. Hati hati bila keluar sorang sorang..perhatikan keadaaan sekeliling..jangan jalan tengok depan jer..mata kita kena melilau jugak sekali sekala.

Monday, October 19, 2009
19 Okt 2009
Hari ini hari terakhir bulan syawal, dah sebulan raya berlalu. Hari sabtu lepas keluarga kakak ku dari jerteh datang umah, kebetulan pula ada jamuan raya kat blok tu. So apa lagi semuanya turun makan ler, tidak perlu nak masak masak lagi.. emmm best jugak menunya.. macam macam ada.. ok la dari tahun lepas..
Hari ni ada lawatan panel AKPM, tak sampai pulak ker tkt 4 ni.. ok la jugak.. nanti datang kang tak pasal2 kena soal misi, visi dan ntah apa2 lagi ler.. aku siap bawa kasut bertumit lagi.. padahal nak pakai pun sakit kaki.
Dengarnya hari ni juga ada post F38 lapor diri, bila ler nak tiba giliran aku ni ..tak tahu ler pulak dia ambil yang intake bila..maybe intake before 2003 kut, sebab ada 2 org yang aku dengar memang dia orang dah lama tapi baru lulus PTK..emmm susah sungguh la nak naik pangkat pun bila post tak byk ni.. tak per ..aku setia menunggu post F38.. bila tiba masanya dapat la kut..kalau umur panjang..

Monday, August 24, 2009
Cerita Nurdini
Nurdini Syauqina dah hampir 3 tahun, sekarang ni dah boleh la mengenal huruf2 ABC. setiap malam nak main teka2 huruf jer, makanan hari minggu bubur nasi berlaukkan ikan dan ayam, sayur tak pernah nak makan. Kat Taska tak tahu la apa yang dimakannya. Susah sungguh nak makan, kalau pergi kedai semua dia nak tapi sampai jer kat rumah terus dicampaknya kat atas meja jer. Susu pun sekarang ni tak berapa nak minum. Air yang dia nak sekarang ni adalah ribena, pagi2 lagi dah nak minum ribena. Tak per la anakku, apa2 pun ibu mendoakan semoga kau akan sentiasa sihat walafiat hendaknya dan semoga kau akan menjadi anak yang solehah dan tabah menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Semoga dikau akan membesar dengan penuh kasih sayang dari ibu dan abah.
Ngantuknya
Hari ini tanggal 25 Ogos 2009, hari yang ke 4 umat islam menunaikan ibadat puasa. Bulan puasa ni mengantuk sungguh la, kerja pun tak banyak. hari ini aku dah update double posting untuk baucar 'PPK', tak tahu la sampai bila akan jadi macam ni. Dah debug program ok jer, kalau postdated waran dulu tu ya la, disebabkan oleh program yg charging 2x ke dalam table. Boleh la pinda program. Yang PPK ni nak pinda program pun tak tahu kat mana, tak taula dimana silapnya ???? TB pun hari ni tak balance 1 sen disebabkan oleh baucar luar negeri. Dah hampir 5 tahun aku kat bhg pencen JPA ni, sedar tak sedar 16hb januari 2010 tahun depan genapla 5 tahun aku kat sini. Tapi bab2 accounting ni masih terkial2 mencari jawapan bila timbulnya sesuatu masalah.
Wednesday, August 19, 2009
Doa-doa dalam bulan Ramadhan
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."
Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"
Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."
Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."
Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"
Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."
Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."
Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."
Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."
Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."
Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."
Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."
Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."
Hari Keempat BelaS
s"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."
Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."
Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."
Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."
Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."
Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."
Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."
Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."
Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."
Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."
Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."
Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."
Hari Kedua Puluh Enam
:"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."
Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."
Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.
Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

Wednesday, July 22, 2009
Contoh Makanan Berkalori Tinggi
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-Kanak Berusia 1 - 3 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1 keping roti bakar
2 sudu kecil marjerin
Minum Pagi½ potong betik
2 keping biskut
1 gelas minuman bersusu
Makan Malam
1 cawan mi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
½ cawan sayur
1 gelas air kosong
½ potong betik
Makan Tengahari
1 cawan nasi (tambah 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
1 ekor ikan kembong
1 cawan sayur bayam
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Makan Lewat Malam
1 gelas susu (penuh krim)
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-Kanak Berusia 4 – 6 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1/ 2 cawan nasi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ cawan sayur
1 telur goreng
Minum Petang
1 ketul karipap
1 keping roti
1 gelas minuman bersusu
Minum Pagi
2 keping biskut kraker
1 sudu makan marjerin
1 gelas minuman bersusu
Makan Malam
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji epal

½ ekor ikan bersaiz sederhana
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji pisang
petikan dari : www.myhealth.gov.my

RESIPI MAKANAN PELENGKAP UNTUK KANAK-KANAK
RESIPI MAKANAN PELENGKAP
Bubur Nasi Pelangi (Hidangan 10 orang)
Bubur Oat Dengan Buah
Bubur Nasi Bersama Ayam Cincang dan Lobak Merah
Mi Ikan
Bubur Nasi Pelangi
(Hidangan 10 orang)
Bahan-bahan
195g beras wangi, dibasuh dan ditoskan
3l air
2 keping dada ayam
1 biji bawang bersaiz sederhana (potong 8 ala wedges)
1 cm halia, dihiris
1 biji lobak merah bersaiz kecil, diparut
50g kacang buncis, dihiris
1 biji kentang bersaiz kecil, diparut
Cara memasak
Didihkan 3 cawan air. Masukkan halia, bawang dan ayam. Masak selama 10 – 15 minit. Asingkan ayam dari stok dan buang kulit, tulang serta siat isi ayam.
Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok. Tambahkan 10 cawan air ke dalam stok.
Masukkan beras ke dalam stok ayam dan masak dengan api perlahan sehingga menjadi bubur. Asingkan tulang ayam dan bawang dari bubur.
Campurkan ayam dan sayur. Masak selama 10 – 15 minit.
Bagi bayi yang berumur 6 – 8 bulan, resipi ini boleh dihidangkan selepas dilenyek. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, bubur tidak perlu dilenyek dan boleh dimakan terus.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) 180
Protein (g) 8
Lemak (g) 3
Zat Besi (mg) 1.2
Kalsium (mg) 18
Bubur Oat Dengan Buah
(Hidangan 2 orang)
Bahan-bahan
15g oat
100ml susu perahan atau susu
10g pisang, epal, mangga atau betik segar – dilenyek
100ml air
Cara memasak
Masak oat menggunakan ½ cawan air.
Apabila campuran mula mendidih, perlahankan api dan renehkan sehingga likat dan lembut.
Tambahkan susu, masak selama seminit.
Padamkan api dan biarkan sejuk.
Campurkan buah sebelum dihidang.
Resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) 181.0
Protein (g) 8.3
Lemak (g) 1.5
Zat Besi (mg) 3.8
Kalsium (mg) 225.0

10g beras
6g daging ayam – dicincang halus
10g lobak merah – dipotong dadu dan direbus hingga empuk
500ml rebusan stok ayam
Cara memasak
Masak beras bersama stok di dalam periuk. Kacau sesekali.
Apabila beras sudah menjadi bubur, tambahkan lobak merah dan daging ayam cincang. Renehkan sehinga masak.
Sejukkan dan hidang.

Kalori (kkal) 66
Protein (g) 2.8
Lemak (g) 0.4
Zat Besi (mg) 0.2
Kalsium (mg) 22
Mi Ikan
(Hidangan 2 orang)
Bahan-bahan
12g kepingan isi ikan – dihiris nipis
20g ikan bilis – ditumbuk halus
10g mi
3g bayam atau sayur berdaun (choy sum / sawi) – dipotong halus
500ml rebusan stok ayam
Cara memasak
Rebus mi di dalam periuk sehingga lembut. Tapis dan bilas dengan air sejuk.
Cincang mi halus-halus. Asingkan ke dalam mangkuk berasingan.
Masak bayam atau sayur berdaun yang telah dipotong di dalam stok sehinga lembut.
Tambahkan kepingan isi ikan dan mi ke dalam sup dan didihkan selama satu minit.
Sejukkan dan hidang.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) 21.0
Protein (g) 2.0
Lemak (g) 0.7
Zat Besi (mg) 0.2
Kalsium (mg) 19.0

Tuesday, July 21, 2009
Monday, July 20, 2009
Sunday, July 19, 2009
Thursday, July 16, 2009
Wednesday, July 8, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)