Monday, August 24, 2009

Ngantuknya

Hari ini tanggal 25 Ogos 2009, hari yang ke 4 umat islam menunaikan ibadat puasa. Bulan puasa ni mengantuk sungguh la, kerja pun tak banyak. hari ini aku dah update double posting untuk baucar 'PPK', tak tahu la sampai bila akan jadi macam ni. Dah debug program ok jer, kalau postdated waran dulu tu ya la, disebabkan oleh program yg charging 2x ke dalam table. Boleh la pinda program. Yang PPK ni nak pinda program pun tak tahu kat mana, tak taula dimana silapnya ???? TB pun hari ni tak balance 1 sen disebabkan oleh baucar luar negeri. Dah hampir 5 tahun aku kat bhg pencen JPA ni, sedar tak sedar 16hb januari 2010 tahun depan genapla 5 tahun aku kat sini. Tapi bab2 accounting ni masih terkial2 mencari jawapan bila timbulnya sesuatu masalah.

1 comment:

  1. hehehe..saya pon terkial2 kak ros...saya masihbernasib baik sebab ada kak ros sebagai org kuat!

    ReplyDelete